Wednesday, June 28, 2006

mama

hening embun pagi
menyerap sinar mentari
kamu sudah sediakan sarapan untuk kami

padahal kami belum bangun lagi
masih koma didalam selimut.

celek kami di tengahari
mula bergegas ke kamar mandi
kamu sudah habis menyiram pokok gantung jemuran
banyak sekali.

mula kami jamah sarapan
terhidang lama di meja dapur
kamu sudah mula menumis
menggoreng ikan menumbuk sambal.

siap semua kamu panggil kami makan
kami baru saja sarapan
kamu saja yang makan
kami nanti petang.

hampir senja jemuran dikutip dilipat
kami didepan kaca tv menonton menghibur
kamu masih dengan kerja kamu.

selepas solat isyak baru teruang kamu berihat
itu pun belum cukup selesai
kerna masih ada lagi periuk gertang perlu disental.

masuk tidur lewat malam nya
lena kamu tak payah berbantal
keletihan seharian mendodoi lena mu.

lelah kamu membesar kami semua.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home