Tuesday, November 07, 2006

bila

dulu akan ku menghitung tahun
kemudian bulan
tapi sekarang aku tak mau menghitung hari.

aku menghitung jumaat pula
cuma 4 kali jumaat lagi
aku akan meninggalkan kompani
daaa semua !


p/s: cuma alamatku masih tak berubah .. tetap di sini.

Thursday, October 05, 2006

terampun

mikir ...
tertulis dosa ku yang menimbun
berpurnama bertahun berdekad
tersurat atau takdir atau cuma bikinan
dari yang meminta dari yang merayu.

aku ada segala
duit ringgit kasih cinta
yang tagih ringgit aku berkompromi
yang tagih cinta aku berkongsi
tak jemu aku tak malu aku
hingga tak sadar apa itu dosa
apa itu noda.

semuanya berlalu jua
tak disekat tak dihalang tak diadang
harus berbekal aku seluruhnya
hingga ke penghujung jalan yang tak bertepi
meniti aku melangkah aku
baik pahit baik madu
moga segalanya ...
terampun.

Thursday, September 28, 2006

mata vs. lidah

bila mata bertentang mata
lidah kelu seribu bahasa.

bila lidah bertentang lidah
mata terbeliak merah menyala.

bila mata bertemu mata
lidah lembut membisik mesra.

bila lidah bertemu lidah
mata terpejam separuh lena.

Wednesday, September 20, 2006

sedana

sebel tuk menemui kamu
gila tuk melihat kamu
penat tuk main sama kamu
tuk temui lihat main sama kamu kami harus begitu buat lebih dua jam.

bila raut wajah mu samar2 kelihatan
baru terasa senang, tak sebel lagi, tak gila lagi. tak penat lagi.

jalur lintang di padang kamu buat kami terbuka dada terbuka hati
rumput lembut di tanah gebu kamu buat kami terus meraba dengan jemari ini
lubang lubang sempit kamu kami masukin bertubi kali
kulit kamu kami cungkil tuk bola kami terbang di awan.

bagi iki, mega, unai dan yanti, mereka senang dengan kehadiran kami
mengusap mengilap senjata-senjata kami
membantu kami membaca kontuor kamu, kiri ke kanan, kanan ke kiri
menyanyi lagu kd lagi tika berjalan ke bola kami
manja dengan senyuman
manja dengan seribu keinginan.

kini .. tinggal lah kenangan
pahit manis tika bersama kamu
melayani kami entah kapan menyentuh kamu lagi.

Tuesday, September 12, 2006

Monday, August 28, 2006

sekarang tidak lagi

kalau dulu kau menumpang
naik commuter
naik l.r.t
naik teksi
kini tidak lagi

hari ini sempena hari siti dan mawi
dia sudah kau beli
berkilat berdandan berbau baru lagi
kecil cantik muat tubuh mu
berulang alik membawa kamu

berita gembira ini kau canangkan
buat kami di sini berasa senang
buat kami syukuri kejayaan kamu
buat kami berdoa kau gembira selalu

berhati-hati bila di jalan
cuma dia saja yang meneman
kalau dulu kau menumpang
sekarang tidak lagi.

Monday, August 21, 2006

padang kamu

aku rindu melihat keindahan
bukan pada kota kamu

aku tagih sentuhan bibir kamu
bukan lampu neon kota kamu

aku rindu main sama kamu
bukan sama kota kamu

aku tagih hidu wangian kamu
bukan debu kota kamu

aku rindu bisikan suara kamu
bukan kesibukan kota kamu

aku tagih teroka padang kamu
bukan avenue kota kamu

nikmat cinta yang kamu beri
buat aku ke kota kamu lagi.