Tuesday, March 22, 2005

keng... keng...

Pernah aku dulu diburu. Tapi tak pernah digigit sampai begitu teruk. Anjing Rottweiler (simbol binatang evil dalam filem "The Omen") dan gang yang menyerang Muhammad Hazman kemarin (parah dengan 180 jahitan) buat aku teringat waktu aku kecil dulu. Ketika itu aku pun sembilan atau sepuluh tahun juga. Habis segala petua yang diajar oleh abang2 ku aku applykan. Tapi aku masih takut berdepan dengan anjing yang dua kali lebih besar drpd aku.

"Jangan lari ... tunggu. Tunduk ... ambil segenggam pasir ... tunggu dan baling pasir itu bila anjing mula menyalak dan mengejar kamu." kata mereka. Gampang teori itu. Aku tak kuasa tunggu. Aku tetap lari selamatkan diri.

Tiap kali pulang lewat dari sekolah aku akan siap ketul2 batu bila melintasi rumah yang ada German Shepherd itu. Episodnya akan berulang. Dan berulang dalam mimpi2 ku. Aku akan dikejar anjing itu. Tidak digigit cuma suka2 ia mengejar aku kurang lebih 40 meter dan berhenti. Sebab itu aku juga jaguh pecut 100 meter di sukan sekolah.

Rupa2nya anjing ini mau bermain2 dengan aku. Sampai aku meningkat dewasa bila tubuh aku sudah sama besar dengan dia. Dia tak mau mengejar aku lagi cuma menyalak ketika aku melintasi rumah tuannya. Mungkin ia pun sudah meningkat tua, sudah hilang selera mau mengejar aku. Aku pula akan buat bunyi grrrrrr pada dia dan dia akan stop menyalak.

Anjing akan bertindak liar klo ia lama dikurung. Ia akan menyerang makluk yang lebih kecil drpdnya. Ia tetap haiwan. Memusnahkannya selepas insiden ini juga wajar, kerna ia tak sesuai dengan sekitar penduduk taman2 lagi. Buat Hazman..... abang doa kau cepat sembuh. Percayalah kau tak akan takut anjing lagi. Anjing2 akan takut kamu. InsyaAllah.


Aku tak takut lagi sama dia.
Tenung matanya dan grrrrrrrrrr Posted by Hello

0 Comments:

Post a Comment

<< Home